JIHAM
Jenama seni khat dan hiasan ruang yang operasinya berjalan atas sistem buatan sendiri.
- Kedai online di jiham.my
- JihamOrder: pengeluaran dan pemasangan
- Portal rakan niaga B2B dan pembekal
- Kutipan ansuran dan tuntutan pemasang
- CRM dan webchat

Siapa saya
Saya bina bisnes. Kemudian saya bina sistem yang menjalankannya.
Latar IT, digital marketing sejak 2010, dan sebuah jenama yang operasinya berjalan atas perisian buatan sendiri.
Cerita
Perjalanan
Saya belajar Teknologi Maklumat di Politeknik Muadzam Shah, kemudian ambil upah sebagai jurugambar freelance. Di situ saya belajar dua perkara yang masih saya guna: cara sistem berfungsi, dan cara gambar membuat orang berhenti melihat.
Saya menyertai SWCorp Malaysia sebagai Juruteknik Komputer, dan kerja saya merangkumi website, video, grafik dan media sosial. Saya membina dan mengemas kini website atas Joomla, menghasilkan montaj dengan After Effects dan Premiere Pro, mereka grafik dengan Photoshop dan Illustrator, serta mengurus media sosial rasmi berserta laporan trafik dan ROI.
Pada 2015 saya mula membina JIHAM, jenama seni khat dan hiasan ruang. Tahun berikutnya saya menyertai Walter® Barbershop sebagai CTO, mengurus hala tuju teknologi, media sosial dan analisis prestasi cawangan.
Dari 2017 hingga awal Covid, saya menjalankan website, SEM dan Facebook lead gen untuk agensi umrah dan travel secara freelance. Sejak 2019 saya menjalankan projek ecommerce dan affiliate sendiri, dan ia masih berjalan.
Bila JIHAM membesar, saya bina sendiri sistem yang menjalankannya: kedai online, tracker pengeluaran dan pemasangan, portal rakan niaga dan pembekal, kutipan ansuran dan CRM. Hari ini saya guna pengalaman yang sama untuk membina produk baharu.
Projek
Jenama seni khat dan hiasan ruang yang operasinya berjalan atas sistem buatan sendiri.
POS untuk peniaga F&B. Boleh digunakan tanpa internet, dengan butang besar dan Bahasa Malaysia.
Sistem untuk rangkaian barbershop dan salon, dibina daripada pengalaman sebenar dalam industri gunting rambut.
Projek yang dijalankan dengan bajet dan risiko sendiri. Di sinilah saya menguji apa yang masih berkesan pada platform hari ini.
Pernah bekerjasama






Apa saya boleh bantu
Untuk SME yang mahu lebih banyak pertanyaan berkualiti, dan mahu tahu dari mana datangnya.
Untuk bisnes yang operasinya masih bergantung pada WhatsApp, spreadsheet dan ingatan orang.
Ceritakan keadaan semasa. Saya akan beritahu sama ada saya boleh membantu.